Tuesday, December 22, 2009

Persahabatan

Dunia aku tidak pernah kekurangan kawan.Aku sentiasa dikelilingi dengan orang-orang yang dapat ku panggil teman.Ada yang penyayang,baik hati,setia,saling menghormati,murah hati dan macam-macam lagilah.

Semenjak aku mula bersekolah,ya itu semenjak usia ku 4tahun,aku sudah mengumpul kawan tetapi,sebagai anak kecil,apalah yang aku tahu tentang makna sebuah persahabatan.Tetapi pada usia begitu,teman sepermainanku ramai.Usia menginjak setiap tahun dan tanpa tahu maknanya kehidupan,aku sudah pun cukup berusia untuk ke sekolah rendah.Teman begitu ramai.Tetapi selepas setiap akhir tahun,temanku sentiasa berubah-ubah orang.Aku tidak lagi bertegur sapa dengan teman lama dan mereka juga begitu.Jika ada pun,kami pasti akan rasa kekok.

Setiap tahun,pada setiap usia,aku membuat kawan baru.Mereka datang dan pergi.Sehingga usiaku 14 tahun,aku masih tidak lagi faham erti persahabatan.Teman hanya figura yang menemani kita sewaktu rehat,sewaktu main dan sewaktu belajar.Jika aku jumpa mereka diluar,tidak pernah sekali pun aku menegur mereka.Ia seperti persahabatan dibuat oleh ku hanya dibataskan di sekolah.

Semakin aku meningkat dewasa,semakin fikiran tahu untuk menentukan yang betul dan salah dan pabila aku rasa aku sudah cukup sensitif,baru aku tahu apa rasanya kehilangan,keseorangan,kasih sayang antara manusia dan persahabatan.Sejak itu,semua persahabatan yang terjalin pasti akan aku genggam seeratnya supaya ianya berkekalan.Aku yakin ia akan berkekalan.

Tetapi perhubungannya tidak selalunya indah.Dengki,cemburu,pergaduhan,semuanya berlaku dan kerana ini,sebuah persahabatan yang aku genggam akhirnya terlerai.Aku tangisi persahabatan yang selalu hilang.Akukah yang bersalah?Akukah yang tidak cukup baik?

Aku pergi ke poly.Kawan baru lagi.Tetapi kali ini, aku memilih kawanku.Jika dulu semua orang boleh menjadi kawanku,sekarang,aku memilih.Bukan aku sombong tetapi pengalaman mengajar aku supaya jangan bergaul terlalu bebas.Buat apa mencari teman jika semuanya tidak akan kekal.

Setiap kali aku berkenalan dengan sesiapa mereka pasti akan mengatakan aku sombong.Mengapa menilai kalau tidak tahu sedikit pun tentang diri aku?Kawan-kawanku sekarang,berapa ramai aja yang akan kekal.Aku pasti ada yang akan pergi juga dari hidup aku.Tetapi aku sudah terlalu bersedia untuk berhadapan dengan kehilangan mereka.

Aku?Selagi orang ingin berkawan denganku,selagi ini pintu hatiku terbuka untuk menerima.Kalau kau setia,itu bonus.Kalau tidak,biarlah kita hanya teman biasa walaupun hati aku akan rasa pedih jika mereka pergi kelak.

Persahabatan sebuah hubungan yang indah dan amat bermakna tetapi mengapa manusia selalu menjatuhkan maknanya sehingga membuat aku gerun dan melihat persahabatan sebagai sesuatu yang tidak berharga..Tiada siapa yag ingin menukar persepsiku kah?

No comments: